Wednesday, July 2, 2014

Testimoni Pes segera Nasi Arab Jenama Al-Bayt

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Nasi Arab memang sedap dan lazat tapi saya kurang selesa membawa anak-anak makan di luar sementalah banyak kes berkaitan dengan kehilangan anak-anak sekarang. Rasa risau memuncak, apatah lagi anak-anak yang sangat aktif dan lasak. Lagi-lagi, apabila sudah ada pes nasi arab yang memudahkan kita memasak nasi arab di rumah. Senang tak payah bersusah payah mencari rempah di kedai, yang sememangnya sukar didapati di kedai-kedai runcit.

Mari kita jenguk  dahulu, rakan saya Hifzaila Hafni , yang memasak nasi arab hanya  di rumah sahaja menggunakan pes Nasi Arab jenama Al-Bayt.

Nikmati Nasi Arab tanpa Keluar Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Sekarang ni, nak memasak pun segalanya segera. Yang boleh jimatkan masa di dapur. Tapi bukanlah bermaksud makan makanan segera, cuma penyediaannya telah dimudahkan.

Pek Nasi Kabsah Ayam ni saya cuba semalam. Alhamdulillah sedap. Sold out di rumah mak mentua semalam.

Sekotak boleh dimakan oleh 4-5 orang.

Dalam setiap kotak, dah sedia sepeket beras basmathi dan rempah kabsah dan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lumi. 

Kita hanya perlu sediakan bawang besar, bawang putih, cili hijau,  tomato puri, minyak dan garam.

Ikut resipi, ayam dipanggang setelah diperap dengan rempah kabsah. Tapi semalam saya goreng :-)

Lagi lengkap, buat sos harrah dan salad arab sekali. Ummppphhh!

Nak masak, mudah je ikut resipi yang diberikan pada kotak. Ikut saja langkah demi langkah.

Selamat mencuba!

Nasi kabsah ayam dengan salad arab dan sos harrah


Rempah kabsah dan rempah tumis

Pek Nasi Kabsah Ayam
Nak cuba? boleh tempah menggunakan Borang Tempahan 
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:
Dalila Yusof
019-3229480
atau email: dalilayusof86@gmail.com