Wednesday, July 2, 2014

Mudahnya memasak Nasi Arab di rumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim









Petang sabtu minggu lepas, suami mengajak balik rumah mentua semata-mata nak masak nasi arab kambing..Ha..ha...Senang sangat nak masak nasi arab ni, sebabnya beras pun disediakan siap dengan rempah hanya perlu masak sahaja. Tak caya lihat langkah demi langkah yang ditunjukkan.




Resepi Nasi Arab menggunakan pes nasi arab jenama al-bayt
anggaran untuk 5-6 orang makan.
Bahan-bahan

a) yang tersedia dalam kotak 
  • Beras Basmathy
  • Rempah serbuk mandy
  • Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih dan lumi) 
b) sediakan 
  • 1 1/2 kg (daging dan tulang) kambing
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji cili hijau
  • 3 sudu minyak masak
  • 1 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara memasak: 

  1. Rendam beras selama 20 minit atau lebih, kemudian toskan 
  2. Rebuskan daging dan tulang kambing sehingga betul-betul empuk. 
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah tumis mandy sampai garing. 
  4. Apabila bawang sudah garing, masukkan rempah serbuk mandy dan tumis sebentar menggunakan api yang kecil, hati-hati jangan sampai hangus. Tutup api, masukkan semua rempah yang ditumis ke dalam periuk nasi berserta dengan beras. 
  5. Masukkan sedikit pewarna kuning telur ke dalam beras, (kalau tiada letak sahaja sedikit kunyit sekadar untuk mewarnakan), 2 biji cili hijau dan sedikit garam. 
  6. Masukkan air rebusan daging berserta daging kambing dan tulang sebanyak 600 ml.
  7. Masakkan nasi seperti biasa dalam periuk eletrik. Apabila nasi, hampir 80% masak, gaulkan nasi kemudian biarkan nasi hingga masak. Apabila sudah masak, bolehlah menjamu selera. 
Senang sangat sampai cik Din, pun tolong masak dan pantau kerja-kerja saya. Tak sabar betul nak makan, rajin pulak tu tolong buatkan salad. He...he...Dan pastinya makan pun, cik suami banyak kali tambah.  Orang lain tak suka makan tak mengapa, jangan cik suami tak suka makan. Itu yang penting. 


Dan jangan tak percaya, beras taklah banyak mana pun muat-muat kotak kecik dalam gambar kat atas je. Tapi bila masak memang cukup untuk 5 orang makan. Dah nama beras pun beras basmathy kat, apabila masak semestinya beras akan panjang dan wangi. Kan senang tu, kita hanya masuk dapur dan masak sahaja. Lepas ni, boleh masak lagi waktu ramadhan dan raya

 Saya paling kurang gemar makan kat kedai sebab bawa budak kecil macam-macam ragam nak tidurla, bermain berlari-lari. Saya juga kuat makan, ha..ha ..lagila Aisyah kuat menyusu badan, rasa mengigil sahaja. Memang tak cukup makan kat kedai pun, lagipun sekarang kos sara hidup makin tinggi, nasi dengan ikan campur air sahaja dekat belas-belas. Rasa tak kenyang sahaja, lepas makan berjalan ke kereta dan nak naik rumah yang tinggi 8 tingkat pun boleh lapar balik. Tak berbaloi rasanya. Di rumah, boleh masak dan makan dengan banyak dan tenang. Selepas itu, boleh berehat-rehat dengan hati yang gembira. 

Jika anda berminat boleh hubungi saya: 

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook:https://www.facebook.com/dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480
boleh lihat maklumat terperinci jenguk ke pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van