Wednesday, July 2, 2014

Kuih Raya Oh Kuih Raya

Teks: Dalila Yusof
Bismilahirahmanirahim....

Ramadhan akan menjelang tak lama lagi, pasti ramai yang sedang mencari kuih raya yang sedap dan yang pasti cantik dan menarik buat hidangan para tetamu di Hari Raya nanti. Saya ada menjual kuih raya yang insyaallah sedap dimakan, ranggup, dan diinovasikan mengikut selera dan permintaan ramai. Biskut ini insyaallah halal kerana dibuat oleh orang melayu dan pasti anda ingin makan berulang kali, nyum...nyum. Antara biskut raya yang saya jual adalah seperti di bawah:

1. Biskut Almond Choco Nut & Almond Crunchy
  • Biskut Almond Choco Chip diperkayakan dengan kerangupan kepingan badam serta gula perangnya. Yang paling sedap terdapat coklat cips dalam biskutnya. 
  • Biskut Almond Crunchy pula, biskutnya memang kaya dengan serbuk dan kepingan badam sebab itulah boleh terasa keranggupan badamnya, boleh dengar bunyi krup krap apabila mengunyahnya. Ditambah dengan rasa lemak daripada nestum, butter dan croquant, oh sedapnya.



2. Biskut Bangkit Cheese & Biskut Luxury Nut.
  • Biskut Bangkit Cheese-Mula-mula makan terasa macam kuih bangkit tapi ditambah dengan hirisan keju di dalamnya menambahkan lagi kesedapan kuih ini. 
  • Biskut Luxury Nuts-Lebih kurang rasanya macam Biskut Almond Choco tadi, cuma ditambah dengan pelbagai kacang seperti cashews nuts, hazelnuts dan almonds, tak lupa juga coklat chip hitam mengenakkan lagi rasa biskut ini. 



3. Biskut Makmur Pandan & Biskut Red Velvet
  • Biskut Makmur Pandan- Rasa seperti biskut makmur yang biasa, namun ditambah dengan rasa lemak kacang tanah dan bau pandan membangkitkan selera. 
  • Biskut Red Velvet-Jika anda minat kek Red Velvet pasti anda meminati biskut ini, sedap sungguh terasa seakan-akan makan kek Red Velvet sahaja. Rasanya sangat enak biskut ini terdapat rasa lemak krim keju dan butter, dihiasi coklat cip putih dan strawberi.



4. Biskut Winter Sonata dan Biskut Tart
  • Biskut Winter Sonata -Biskut ini sangat rapuh,  berderai dan cair dalam mulut sesuai dengan namanya Winter Sonata. Keunikannya rasanya dipengaruhi oleh  100% butter, tepung kanji dan santan. 
  • Biskut Tart Nenas-Biskut ini memang sedap terasa lemak sangat apabila makannya kerana menggunakan butter dan gula perang.
Terkeliur rasanya apabila teringat kembali saat-saat merasa biskut-biskut raya ini semasa menulis entri ini. Adui, rasa macam nak makan lagi sekali. Jika anda berminat untuk membeli biskut-biskut ini sila hubungi saya segera.  Penghantaran PERCUMA bagi yang tinggal di sekitar Selayang, Rawang, Sungai Buloh dan Ampang dengan SYARAT pembelian melebihi 4 balang .
Balang Kecil = RM16
Bekas besar= RM29

Penghantaran secara online (Pos)
setiap 2 balang = RM10

Untuk membuat tempahan, sila nyatakan maklumat dibawah dan email ke dalilayusof86@gmail.com
1. Nama / Jenis kuih
2. Kuantiti
3. Lokasi penghantaran
4. Tarikh penghantaran

Boleh hubungi agen yang berdekatan: 

Rawang dan Ampang: 
Hazlina-018-5738525

Selayang: 
Din-019-3559480

atau pm saya https://www.facebook.com/dalilayusof


p/s: Bulan Ramadahan merupakan bulan mulia, mari kita penuhi bulan ini dengan pelbagai aktiviti ibadah selain menambah pendapatan sampingan. Mungkin ada yang memerlukan bantuan kita, sayu melihat orang lain lengkap segala-galanya namun mereka rasa kekurangan dan hampa. Atau insan-insan yang kadang-kadang sudah penat berusaha namun belum tiba untuk berjaya. Marilah sama-sama membantu insan-insan yang tidak berdaya dan kekurangan agar mereka gembira walaupun terpaksa memendam duka. Jika anda berminat membeli dan menyalurkan kuih raya kepada Rumah anak-anak yatim atau mana-mana insan yang sangat memerlukan, kami sedia membantu menunaikan hasrat anda. Pilih sahaja kuih yang ingin disedekahkan kami akan menolong menyampaikannya untuk anda. Sekian sahaja dari saya.