Sunday, August 10, 2014

Pengalaman masak nasi arab ayam mandy

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Pengalaman masak nasi arab ayam mandy,

 Pastikan ayam ditoskan sehingga betul-betul kering barulah diperap dengan rempah nasi arab mandy, semalaman tau. Kalau tak memang rempah tak meresap dalam ayam, terasa rempah kat kulit. Semasa panggang itu, banyak minyak ayam keluar, sesekali, cedok minyak curah pada ayam balik, supaya rempah tu menyerap dalam ayam. Panggang ayam berdasarkan oven, jangan ikut yang dalam kotak itu, sebab function ovenkan lain-lain. Saya guna oven, ayam tak payah dibalikkan lagi.

Sejujurnya, saya memang tak pandai masak pun, tapi belajar daripada pengalaman itu yang membuatkan kita makin pandai memasak. psst...kalau tak reti masak jangan putus asa, apabila kita selalu memasak nanti lama-lama kita jadi pandai tanpa kita sedari hu...hu...Jangan ajar anak makan kat kedai selalu, memang mereka takkan nak makan masakan kita nanti. Biarlah anak selalu nak makan masakan kita, satu hari nanti mereka akan terliur dan rindu masakan kita apabila jauh kelak. Duit boleh cari, tapi masakan, layanan kita itu yang tiada galang gantinya. Sekarang ni tak macam dulu, ramai yang baik dan suka berkongsi resepi masakan di blog. Lagi satu, satu hari nanti, apabila anak tanya bagaimana nak masak masakan yang kita masak sewaktu mereka kecil-kecil dahulu, boleh la suruh mereka rujuk blog kita. Kalau wujud lagi la...he..he..almaklumlah dah tua esok kita sukar nak ingat pengalaman yang lepas. Kan seronok tu.


Hubungi saya di facebook rasmi saya: dalilayusof